counters

Pages

Wednesday, 5 November 2014

Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan

Tradisi berasal dari perkataan Latin iaitu traditio yang bermaksud menyerahkan. Ia juga diaggap sebagai ajaran yang tidak bertulis daripada para nabi dan pembesar agama. Ia lebih kepada cerita lisan (folklore) dan mitos yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi lain. Dari perspektif Barat, tradisi tidak sesuai dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan mereka yang seiring dengan perkembangan teknologi


Berbeza dengan pandangan Islam, al-Turath al-Islami merupakan kumpulan karya ulama silam yang merakamkan pemahaman dan pentafsiran terhadap al-Quran dan al-Sunnah. Al-Turath ini menjadi pegangan dan panduan kepada umat Islam kerana terkumpulnya atau terhimpunnya ilmu-ilmu yang dihasilkan oleh para ulama yang terdahulu.

Barat dilihat menolak konsep ilmu berdasarkan tradisi kerana bagi mereka perkara lepas hanya rakaman memori yang tidak memberi nilai dalam kehidupan. Agama dan kehidupan adalah dua perkara yang berbeza dan harus diasingkan serta memberikan keutamaan kepada sains dan teknologi. Dengan kata lain, sains dan teknologi menjadi teras dalam kehidupan dan menolak tradisi yang dianggap tidak boleh digunapakai. Keadaan inilah yang membawa kepincangan dan huru-hara dalam sesebuah masyarakat. 

Jika dilihat dalam konteks kini, masyarakat Islam mula menunjukkan perubahan dan gagal untuk mempertahankan tradisi kerana terpengaruh dengan acuan dan falsafah Barat. Pembangunan menurut Islam adalah bersifat holistik dari segi fizikal dan rohani masyarakat. Pembangunan negara dan pembangunan insan haruslah seimbang bagi membentuk negara yang maju dan bertamadun. Sebuah negara yang maju bukan diukur berdasarkan tingginya bangunan pencakar langit, malah dinilai juga dari aspek kerohanian sesebuah masyarakat. Jika negara yang maju dan pesat membangun, tetapi roh insan diabaikan mengakibatkan jiwa masyarakat rapuh dan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak bermoral. 

Oleh hal yang demikian, berlakunya gejala-gejala tidak bermoral seperti kes pembuangan bayi, seks rambang, ragut dan buli yang membuktikan rapuhnya jiwa mereka dan hilangnya nilai islam dalam diri. Baru-baru ini negara digemparkan dengan satu kempen 'I want to touch a dog' yang dianjurkan oleh orang Islam (akan dikupas dengan lebih lanjut pada entri seterusnya). Keadaan ini memperlihatkan kempen tersebut secara terang-terangan bertentangan dengan agama Islam. 


Di mana letaknya nilai keislaman dalam diri mereka?



rapuhnya nilai kemanusiaan dalam diri 


Nyawa tidak berdosa diperlakukan sedemikian rupa


Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat semakin hari semakin bertambah. Oleh itu, kembalilah kepada ajaran agama Islam yang sebenar dan abaikan acuan Barat yang boleh menyesatkan kehidupan dan bertentangan dengan agama Islam. Tidak salah untuk kita menerima kemodenan, tetapi kemodenan tersebut haruslah selari dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Tradisi atau turath tidak menghalang kemajuan, malah menjadi pencetus kepada umat Islam untuk terus menegakkan syariat Islam ke arah kemajuan.

No comments:

Post a Comment