Program yang disertai oleh orang awam dari pelbagai bangsa, agama dan separuh daripada mereka yang hadir adalah beragama Islam. Beragama Islam? Ya! dan penganjur kempen tersebut juga adalah seorang lelaki yang beragama Islam. Penganjuran kempen 'I Want To Touch a Dog' ini telah menggugat sensitiviti umat Islam yang majoritinya adalah beragama Islam. Keadaan ini menimbulkan kekecohan kerana menurut Islam anjing merupakan binatang yang haram jika disentuh tanpa sebarang darurat dan dibela sebagai binatang peliharaan.
Pada pandangan saya, penganjuran program seperti yang dilakukan oleh Syed Azmi ini menimbulkan sensitiviti masyarakat di Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Kempen 'I Want To Touch a Dog' ini dilihat seolah-olah membawa mesej yang menjurus ke arah fahaman liberalisme yang sengaja mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat di Malaysia. Kempen seperti ini dilihat sangat bertentangan dengan agama Islam dan seolah-olah seperti "jarum halus" untuk memporak-perandakan umat Islam di Malaysia. Bertitik tolak dari kisah si buta yang dihalau dek kerana anjing yang dimilikinya menyentuh perasaan penganjur telah menyebabkan terdetiknya hati beliau untuk menganjurkan kempen 'saya mahu sentuh anjing'.
Jika dilihat dari satu sudut yang lain, penganjuran kempen ini juga seolah-olah memaparkan kejahilan orang Islam tentang agama. Anjing dipegang dan disentuh seperti binatang peliharaan sesuka hati tanpa sedikit pun keraguan. Pastikah mereka bahawa anjing tersebut kering kerana sifat anjing yang suka menjilat badannya? Tidak timbulkah perasaan atau curiga mereka terhadap anjing yang haram disisi Islam jika disentuh? Sedangkan Allah telah memperihalkan perkara ini di dalam al-Quran.
Anjing dipegang dan dibelai seperti kucing dalam 'I Want To Touch a Dog'
Sememangnya Islam menganjurkan umatnya untuk berbuat baik kepada manusia dan juga haiwan. Namun, dalam konteks penganjuran 'I Want To Touch a Dog' ini sudah jauh terpesong dari ajaran agama Islam. Kempen seperti ini tidak wajar untuk dilakukan demi memupuk kesedaran insan atau manusia supaya menyayangi anjing dan mengubah perspketif negatif. Dalam masa yang sama, ia boleh memesongkan aqidah masyarakat Islam sehingga tidak dapat membezakan antara yang haq dan juga batil.
No comments:
Post a Comment