Artikel yang ditulis oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas ini sangat menarik kerana membincangkan aspek worldview atau pandangan hidup antara Islam dan Barat. Pandangan hidup Barat dan Islam amat bertentangan kerana Barat tidak mempunyai agama dan kehidupan mereka hanya berdasarkan logik. Manakala pandangan hidup Islam pula adalah berteraskan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan Nabi Muhammad S.A.W menjadi role model kepada penganut agama Islam.
Barat lebih mengutamakan dunia dan tidak mementingkan akhirat. Berbeza dengan pandangan hidup Islam, merangkumi aspek dunia dan juga aspek akhirat. Kedua-dua aspek ini saling berkait rapat antara satu sama lain bagi mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, pandangan hidup menurut perspektif Islam bukan semata-mata bergantung kepada pandangan terhadap alam jasmani, malah turut meliputi kerohaniah. Dengan kata lain, umat Islam tidak boleh terlalu taksub dengan hal-hal keduniaan semata-mata sehingga melupakan hal-hal akhirat. Keadaan ini memperlihatkan aspek dunia dan akhirat harus seimbang dan perlu diingatkan bahawa akhirat itu adalah kekal. Dunia hanyalah sebagai satu destinasi persinggahan yang bersifat sementara.
Islam bukanlah satu bentuk budaya dan dibantu oleh sains untuk menguji kesahihan dan empirik menerusi logik. Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.AW. menerusi al-Quran untuk disebarkan kepada umat manusia. Oleh itu, al-Quran menjadi panduan dan rujukan kepada umat Islam dalam kehidupan seharian. Sifat-sifat Allah, sirah para anbia, kejadian alam dan sebagainya terakam dalam al-Quran. Setiap perlakuan, tindakan, pemikiran haruslah berteraskan ajaran Islam agar tidak terpesong dari syariat yang digariskan oleh Allah S.W.T.
Justeru itu, pengajaran yang terdapat di dalam al-Quran dapat dijadikan guideline bagi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat. Jelaslah bahawa pandangan hidup Islam mementingkan kehidupan akhirat dan dunia adalah persinggahan yang sementara, yang kekal hanyalah akhirat yang ditunjangi bekalan yang dilakukan semasa di dunia.
No comments:
Post a Comment