Wednesday, 17 December 2014
Friday, 5 December 2014
Liberalisme - Khalif Muammar
Tulisan Prof. Madya Khalif Muammar mengenai Liberalisme ini memperlihatkan beliau menolak liberalisme kerana mendatangkan kemudaratan kepada umat Islam. Golongan yang mengamalkan liberalisme dikenali sebagai liberal dilihat menerima sekularisme yang memisahkan kehidupan dengan ajaran agama. Keadaan ini amat bertentangan dengan cara hidup masyarakat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
Ajaran Islam amat menekankan konsep amar makruf nahi mungkar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran dijadikan pegangan atau sumber rujukan yang penting dalam kehidupan. Kedatangan Islam yang sempurna iaitu menerusi wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. menyebabkan agama Islam menolak prinsip kesamarataan dalam gender umpamanya dan menolak pegangan atau kepercayaan yang bertentangan dengan syariat Islam. Prinsip yang dipegang oleh golongan liberal ini boleh menyesatkan manusia dan memudaratkan umat Islam kerana agama sememangnya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan. Apabila berlaku pemisahan antara agama dengan kehidupan, maka tercetuslah pelbagai aktiviti atau kegiatan yang menyeleweng dan tersasar jauh dari landasan agama Islam. Contohnya dapat dilihat hubungan lelaki dengan lelaki (gay) membawa kepada perkahwinan yang berlaku terhadap Ariff Alfian Rosli bersama pasangan sejenisnya.
Kesannya boleh merosakkan sistem kekeluargaan, akhlak dan moral serta kesucian agama Islam diperkotak-katikkan. Ceteknya pengetahuan tentang agama inilah membawa manusia ke jalan yang sesat dan terpesong jauh dari agama Islam yang sebenarnya. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika umat Islam menolak liberalisme dalam kehidupan kerana menyesatkan dan boleh memecahbelahkan masyarakat. Keadaan ini juga jelas termaktub di dalam al-Quran sebagai peringatan kepada manusia (khalifah) di muka bumi.
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas"
(Surah Al-'Araf: 80-81)
(Surah Al-'Araf: 80-81)
Prinsip yang dipegang oleh golongan liberal ini tidak boleh dipandang remeh kerana boleh membawa kesesatan. Sebagai hamba Allah, haruslah kita kembali kepada ajaran Allah S.W.T. dengan menjadikan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai rujukan utama atau pedoman dalam meniti liku-liku kehidupan. Hidup dengan mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar dan menjaga hubungan dengan Allah (habluminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas) dalam kehidupan menyebabkan kehidupan tidak terkeluar dari landasan dan syariat Islam. Ingatlah bahawa, penolakan terhadap ajaran yang dianjurkan oleh Allah boleh menyebabkan kekufuran. Oleh hal yang demikian, agama dan kehidupan tidak boleh dipisahkan sama sekali kerana menerusi agama cara hidup manusia adalah berlandaskan syariat Allah dan kehidupan yang dibina masih berdiri berdasarkan ajaran agama Islam. Keadaan ini jelas digambarkan menerusi ungkapan Islam sebagai ad-Din dan syumul kerana merangkumi seluruh aspek kehidupan. Dunia ini hanyalah pinjaman yang bersifat sementara dan persediaan untuk menuju ke akhirat yang kekal abadi. Jika tersesat, kembalilah ke jalan yang benar (syariat Islam) agar kehidupan yang sementara ini tidak disia-siakan.
Sunday, 30 November 2014
The Worldview of Islam sebagai Framework Study Islam
Jika entri yang lepas saya membincangkan artikel tentang pandangan hidup dari perspektif Islam yang ditulis oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, entri kali ini juga turut menyentuh aspek worldview Islam tetapi dari perspektif yang berbeza. Kenapa dikatakan berbeza? Yang dikatakan berbeza adalah kerana aspek worldview ini akan memfokuskan kerangka studi Islam yang ditulis oleh Hamid Fahmy Zarkasyi.
Menerusi artikel tersebut, beliau menggariskan beberapa aspek pandangan hidup Islam yang meliputi:
Oleh itu, penghayatan terhadap agama Islam itu haruslah secara holistik dalam setiap aspek kehidupan agar tidak tersasar dari syariat Islam. Jika tersesat, kembalilah ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai oleh Allah. Pandangan hidup Islam membawa manusia ke arah mendekatkan diri kepada Allah dan membentuk satu peradaban. Sekaligus melahirkan manusia (hamba) yang cinta kepada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.
Menerusi artikel tersebut, beliau menggariskan beberapa aspek pandangan hidup Islam yang meliputi:
- Pandangan hidup Islam sebagai bangunan konsep
- Pandangan hidup Islam sebagai asas epistemologi
- Pandangan hidup Islam sebagai satu peradaban (worldview Islam basis peradaban)
- Pandangan hidup Islam sebagai kerangka studi falsafah Islam
Berdasarkan empat aspek atau kriteria yang digariskan, saya tertarik dengan pandangan hidup Islam sebagai satu peradaban (worldview Islam basis peradaban). Dalam konteks pandangan hidup Islam, tradisi keilmuan menjadi teras atau titik tolak dalam membentuk sesebuah tamadun. Keadaan ini kerana Islam lahir dari wahyu (al-Quran) yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. Menerusi wahyu yang diturunkan oleh Allah, al-Quran dijadikan pegangan dan panduan bagi umat Islam dalam kehidupan seharian. Konsep ini sangat berbeza dengan pandangan hidup Barat kerana peradaban yang dibina oleh mereka adalah hasil dari scientific worldview dan membentuk masyarakat yang juga saintifik mengikut acuan Barat.
Pandangan hidup Islam adalah berasaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah membentuk manusia yang patuh kepada ajaran Allah S.W.T dan mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar. Namun, sebelum kedatangan Islam masyarakat hidup tanpa sebarang pegangan agama sehingga tidak dapat membezakan antara yang halal dan juga haram. Dengan kata lain, masyarakat hidup dalam keadaan jahiliyyah iaitu tiada agama. Masyarakat Arab Jahiliyyah pada masa itu menyembah berhala, menanam bayi perempuan hidup-hidup, minum arak, berjudi dan sebagainya. Keadaan ini memperlihatkan mereka tidak mempunyai pegangan agama, namun setelah kedatangan Islam segala-galanya berubah sama ada dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Tradisi ilmu (wahyu) yang diturunkan oleh Allah S.W.T. menyebabkan masyarakat berubah ke arah yang lebih baik berlandaskan syariat Islam. Secara tidak langsung, tradisi ilmu membentuk masyarakat yang lebih bertamadun. Bertamadun yang dimaksudkan ialah membentuk masyarakat yang lebih mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa bukan kepada patung berhala buatan manusia.
Wahyu Allah menerusi Surah al-Alaq iaitu Iqra' (bacalah) kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wahyu yang diurunkan ini tidak lain tidak bukan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Di sini jelas membuktikan bahawa kuasa yang ada pada ilmu dan wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. mengubah setiap aspek atau perspektif dalam kehidupan manusia daripada jahiliyyah ke arah yang lebih baik sehingga membentuk satu peradaban atau tamadun. Tanpa ilmu manusia tidak mengenal Allah sebagai pencipta alam ini, tidak mengenal kehidupan, tidak dapat menilai sesuatu sama ada betul atau tidak dan sebagainya. Ilmu yang diturunkan oleh Allah inilah yang menjadi sumber utama atau panduan kepada manusia supaya berada pada landasan yang benar.
Globalisasi kini memperlihatkan walaupun Islam telah lama berkembang dan menjadi agama rasmi, kehidupan manusia dilihat seolah-olah kembali ke zaman sebelum adanya agama. Lelaki menyerupai perempuan, orang yang beragama Islam minum arak, penzinaan yang membawa kepada pembuangan bayi dan sebagainya. Senario ini menggambarkan penghayatan terhadap agama tidak secara holistik sehingga terjerumus dengan perkara-perkara yang ditegah oleh agama Islam.
Wahyu Allah menerusi Surah al-Alaq iaitu Iqra' (bacalah) kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wahyu yang diurunkan ini tidak lain tidak bukan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Di sini jelas membuktikan bahawa kuasa yang ada pada ilmu dan wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. mengubah setiap aspek atau perspektif dalam kehidupan manusia daripada jahiliyyah ke arah yang lebih baik sehingga membentuk satu peradaban atau tamadun. Tanpa ilmu manusia tidak mengenal Allah sebagai pencipta alam ini, tidak mengenal kehidupan, tidak dapat menilai sesuatu sama ada betul atau tidak dan sebagainya. Ilmu yang diturunkan oleh Allah inilah yang menjadi sumber utama atau panduan kepada manusia supaya berada pada landasan yang benar.
Globalisasi kini memperlihatkan walaupun Islam telah lama berkembang dan menjadi agama rasmi, kehidupan manusia dilihat seolah-olah kembali ke zaman sebelum adanya agama. Lelaki menyerupai perempuan, orang yang beragama Islam minum arak, penzinaan yang membawa kepada pembuangan bayi dan sebagainya. Senario ini menggambarkan penghayatan terhadap agama tidak secara holistik sehingga terjerumus dengan perkara-perkara yang ditegah oleh agama Islam.
Wednesday, 19 November 2014
Opening Address the Worldview of Islam an Outline
Artikel yang ditulis oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas ini sangat menarik kerana membincangkan aspek worldview atau pandangan hidup antara Islam dan Barat. Pandangan hidup Barat dan Islam amat bertentangan kerana Barat tidak mempunyai agama dan kehidupan mereka hanya berdasarkan logik. Manakala pandangan hidup Islam pula adalah berteraskan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan Nabi Muhammad S.A.W menjadi role model kepada penganut agama Islam.
Barat lebih mengutamakan dunia dan tidak mementingkan akhirat. Berbeza dengan pandangan hidup Islam, merangkumi aspek dunia dan juga aspek akhirat. Kedua-dua aspek ini saling berkait rapat antara satu sama lain bagi mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, pandangan hidup menurut perspektif Islam bukan semata-mata bergantung kepada pandangan terhadap alam jasmani, malah turut meliputi kerohaniah. Dengan kata lain, umat Islam tidak boleh terlalu taksub dengan hal-hal keduniaan semata-mata sehingga melupakan hal-hal akhirat. Keadaan ini memperlihatkan aspek dunia dan akhirat harus seimbang dan perlu diingatkan bahawa akhirat itu adalah kekal. Dunia hanyalah sebagai satu destinasi persinggahan yang bersifat sementara.
Islam bukanlah satu bentuk budaya dan dibantu oleh sains untuk menguji kesahihan dan empirik menerusi logik. Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.AW. menerusi al-Quran untuk disebarkan kepada umat manusia. Oleh itu, al-Quran menjadi panduan dan rujukan kepada umat Islam dalam kehidupan seharian. Sifat-sifat Allah, sirah para anbia, kejadian alam dan sebagainya terakam dalam al-Quran. Setiap perlakuan, tindakan, pemikiran haruslah berteraskan ajaran Islam agar tidak terpesong dari syariat yang digariskan oleh Allah S.W.T.
Justeru itu, pengajaran yang terdapat di dalam al-Quran dapat dijadikan guideline bagi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat. Jelaslah bahawa pandangan hidup Islam mementingkan kehidupan akhirat dan dunia adalah persinggahan yang sementara, yang kekal hanyalah akhirat yang ditunjangi bekalan yang dilakukan semasa di dunia.
Tuesday, 18 November 2014
Teks dan Makna dalam Drama Melayu Moden
Alhamdulillah bersua lagi pada entri kali ini. Pada entri ini saya ingin berkongsi tentang teks dan makna dalam drama Melayu moden. Dalam sesebuah drama, teks dijadikan sebagai luahan perasaan (ekspresi rasa) oleh pengarang. Pengarang menjadikan teks sebagai medan meluahkan perasaan sedih, prihatin, gembira, bangga, marah dan lain-lain. Ekspresi rasa yang diluahkan oleh pengarang dalam sesebuah teks secara tidak langsung dapat menggambarkan pemikiran, falasafah dan pegangan yang dimiliki oleh pengarang tersebut. Dengan kata lain, teks drama juga dikatakan sebagai gambaran, ekspresi dan cerminan yang memaparkan makna dalam teks.
Makna dalam sesebuah teks dapat dibahagikan kepada 3 iaitu :
- deklaratif
- imperatif
- interogatif
Teks deklaratif memaparkan cerita straight to the point atau dengan kata lain mesej yang cuba disampaikan mudah difahami oleh pembaca dan mengemukakan jalan penyelesaian. Berbeza dengan deklaratif, teks imperatif pula memaparkan cerita yang benar-benar berlaku dalam masyarakat dan tidak mengemukakan jalan penyelesaian. Pengarang menggunakan simbol dan lambang untuk menggambarkan sesuatu secara tersurat. Keadaan ini memperlihatkan penyelesaian terhadap drama tersebut terpulang kepada khalayak membuat interpretasi dan tanggapan sendiri. Manakala teks interogatif mengetengahkan cerita dalam cerita, drama dalam drama, simbol dalam simbol dan sebagainya. Bentuk drama ini sangat menguji kefahaman pembaca untuk mentafsirkan drama tersebut. Kebiasaannya teks interogatif dianggap teks drama yang sangat berat dan menyampaikan makna tersurat dan tersirat kepada khalayak pembaca/penonton.
Drama Lawyer Dahlan tergolong dalam drama berbentuk deklaratif kerana mesej yang disampaikan mudah difahami pembaca
Drama Si Bongkok Tanjung Puteri merupakan drama berbentuk imperatif. Pengarang menggunakan simbol dan peribahasa sebagai lambang dan gambaran terhadap sesuatu peristiwa.
Drama ini dikategorikan sebagai teks interogatif kerana di dalamnya memaparkan teknik cerita dalam cerita yang memerlukan pemahaman tinggi dari pembaca.
Setiap orang berbeza pilihan dan pandangan. Bagi saya lebih gemar dan suka dengan teks yang berbentuk imperatif kerana pengarang memaparkan cerita menggunakan simbol dan juga lambang yang boleh mencabar pemikiran khalayak. Secara tidak langsung khalayak dapat membuat interpretasi dan tanggapan serta membuat kesimpulan sendiri mengenai penyelesaian cerita. Dengan kata lain drama berbentuk imperatif menekankan makna di sebalik penceritaan (tersirat). Pilihan anda pula bagaimana?
Saturday, 15 November 2014
Novel-novel Melayu Mutakhir: Analisis Cerminan Nilai Budaya Bangsa
Cerminan sesuatu budaya bangsa terserlah dalam karya yang dihasilkan. Karya yang dimaksudkan adalah dari genre novel kerana pengarang melakar, merakam dan membuat penafsiran terhadap realiti yang berlaku dalam kehidupan manusia atau sesebuah masyarakat. Secara tidak langsung pengarang menggambarkan sosiopolitik, sosioekonomi dan juga sosiobudaya dalam sesebuah masyarakat pada zaman karya tersebut dihasilkan. Harga Sebuah Maruah umpamanya karya Azizi Haji Abdullah memaparkan kisah hidup watak Cah dan penduduk kampung Kertau mempertahankan tanah sawah yang menjadi sumber pencarian dan nadi kehidupan mereka daripada pembangunan.
Pembangunan yang pesat telah melenyapkan tradisi bersawah yang diwarisi daripada nenek moyang walaupun mereka melakukan penentangan. Keadaan ini memperlihatkan berlakunya pertembungan antara tradisi dengan pemodenan dalam milieu masyarakat Melayu di Kampung Kertau. Jika dahulu, tanah sawah menjadi aset yang penting dan harus dipertahankan, namun pembangunan telah melenyapkan khazanah yang dipelihara oleh mereka. Oleh itu, sosioekonomi dapat ditanggapi oleh pembaca di mana masyarakat Melayu di Kertau menjalankan aktiviti penanaman padi sebagai sumber rezeki mereka dan budaya mereka berpegang kepada tradisi bukan kepada pemodenan.
Novel ini telah diadaptasi sebagai teater menggunakan judul yang sama anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
Novel-novel mutakhir terbahagi kepada dua iaitu novel serius dan novel popular. Jika dilihat novel serius lebih menekankan aspek cerminan budaya bangsa, manakala novel popular lebih kepada pengisian aspek-aspek percintaan remaja, cerita seram, skandal dan sebagainya. Dengan kata lain, novel popular lebih memenuhi kehendak pasaran atau untuk tujuan komersial berbanding novel serius.
Pada hemat saya, penghasilan novel yang mencerminkan budaya bangsa harus seiring dengan penghasilan novel popular. Penghasilan novel serius yang mengangkat budaya bangsa sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat atau sejarah tentang kehidupan sesebuah masyarakat yang lalu sama ada dari segi sosiopolitik, sosioekonomi mahupun sosiobudaya.
Wednesday, 5 November 2014
"I Want To Touch a Dog"
Program yang disertai oleh orang awam dari pelbagai bangsa, agama dan separuh daripada mereka yang hadir adalah beragama Islam. Beragama Islam? Ya! dan penganjur kempen tersebut juga adalah seorang lelaki yang beragama Islam. Penganjuran kempen 'I Want To Touch a Dog' ini telah menggugat sensitiviti umat Islam yang majoritinya adalah beragama Islam. Keadaan ini menimbulkan kekecohan kerana menurut Islam anjing merupakan binatang yang haram jika disentuh tanpa sebarang darurat dan dibela sebagai binatang peliharaan.
Pada pandangan saya, penganjuran program seperti yang dilakukan oleh Syed Azmi ini menimbulkan sensitiviti masyarakat di Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Kempen 'I Want To Touch a Dog' ini dilihat seolah-olah membawa mesej yang menjurus ke arah fahaman liberalisme yang sengaja mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat di Malaysia. Kempen seperti ini dilihat sangat bertentangan dengan agama Islam dan seolah-olah seperti "jarum halus" untuk memporak-perandakan umat Islam di Malaysia. Bertitik tolak dari kisah si buta yang dihalau dek kerana anjing yang dimilikinya menyentuh perasaan penganjur telah menyebabkan terdetiknya hati beliau untuk menganjurkan kempen 'saya mahu sentuh anjing'.
Jika dilihat dari satu sudut yang lain, penganjuran kempen ini juga seolah-olah memaparkan kejahilan orang Islam tentang agama. Anjing dipegang dan disentuh seperti binatang peliharaan sesuka hati tanpa sedikit pun keraguan. Pastikah mereka bahawa anjing tersebut kering kerana sifat anjing yang suka menjilat badannya? Tidak timbulkah perasaan atau curiga mereka terhadap anjing yang haram disisi Islam jika disentuh? Sedangkan Allah telah memperihalkan perkara ini di dalam al-Quran.
Anjing dipegang dan dibelai seperti kucing dalam 'I Want To Touch a Dog'
Sememangnya Islam menganjurkan umatnya untuk berbuat baik kepada manusia dan juga haiwan. Namun, dalam konteks penganjuran 'I Want To Touch a Dog' ini sudah jauh terpesong dari ajaran agama Islam. Kempen seperti ini tidak wajar untuk dilakukan demi memupuk kesedaran insan atau manusia supaya menyayangi anjing dan mengubah perspketif negatif. Dalam masa yang sama, ia boleh memesongkan aqidah masyarakat Islam sehingga tidak dapat membezakan antara yang haq dan juga batil.
Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan
Tradisi berasal dari perkataan Latin iaitu traditio yang bermaksud menyerahkan. Ia juga diaggap sebagai ajaran yang tidak bertulis daripada para nabi dan pembesar agama. Ia lebih kepada cerita lisan (folklore) dan mitos yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi lain. Dari perspektif Barat, tradisi tidak sesuai dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan mereka yang seiring dengan perkembangan teknologi.
Berbeza dengan pandangan Islam, al-Turath al-Islami merupakan kumpulan karya ulama silam yang merakamkan pemahaman dan pentafsiran terhadap al-Quran dan al-Sunnah. Al-Turath ini menjadi pegangan dan panduan kepada umat Islam kerana terkumpulnya atau terhimpunnya ilmu-ilmu yang dihasilkan oleh para ulama yang terdahulu.
Barat dilihat menolak konsep ilmu berdasarkan tradisi kerana bagi mereka perkara lepas hanya rakaman memori yang tidak memberi nilai dalam kehidupan. Agama dan kehidupan adalah dua perkara yang berbeza dan harus diasingkan serta memberikan keutamaan kepada sains dan teknologi. Dengan kata lain, sains dan teknologi menjadi teras dalam kehidupan dan menolak tradisi yang dianggap tidak boleh digunapakai. Keadaan inilah yang membawa kepincangan dan huru-hara dalam sesebuah masyarakat.
Jika dilihat dalam konteks kini, masyarakat Islam mula menunjukkan perubahan dan gagal untuk mempertahankan tradisi kerana terpengaruh dengan acuan dan falsafah Barat. Pembangunan menurut Islam adalah bersifat holistik dari segi fizikal dan rohani masyarakat. Pembangunan negara dan pembangunan insan haruslah seimbang bagi membentuk negara yang maju dan bertamadun. Sebuah negara yang maju bukan diukur berdasarkan tingginya bangunan pencakar langit, malah dinilai juga dari aspek kerohanian sesebuah masyarakat. Jika negara yang maju dan pesat membangun, tetapi roh insan diabaikan mengakibatkan jiwa masyarakat rapuh dan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak bermoral.
Oleh hal yang demikian, berlakunya gejala-gejala tidak bermoral seperti kes pembuangan bayi, seks rambang, ragut dan buli yang membuktikan rapuhnya jiwa mereka dan hilangnya nilai islam dalam diri. Baru-baru ini negara digemparkan dengan satu kempen 'I want to touch a dog' yang dianjurkan oleh orang Islam (akan dikupas dengan lebih lanjut pada entri seterusnya). Keadaan ini memperlihatkan kempen tersebut secara terang-terangan bertentangan dengan agama Islam.
Di mana letaknya nilai keislaman dalam diri mereka?
rapuhnya nilai kemanusiaan dalam diri
Nyawa tidak berdosa diperlakukan sedemikian rupa
Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat semakin hari semakin bertambah. Oleh itu, kembalilah kepada ajaran agama Islam yang sebenar dan abaikan acuan Barat yang boleh menyesatkan kehidupan dan bertentangan dengan agama Islam. Tidak salah untuk kita menerima kemodenan, tetapi kemodenan tersebut haruslah selari dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Tradisi atau turath tidak menghalang kemajuan, malah menjadi pencetus kepada umat Islam untuk terus menegakkan syariat Islam ke arah kemajuan.
Tuesday, 4 November 2014
Salam Perkenalan
Assalamualaikum semua...Alhamdulillah, berjaya juga saya mencipta blog khusus bagi subjek SKMM 6013 Kesusasteraan dan Falsafah Melayu di bawah penyeliaan Dr. Mas Rynna Wati Ahmad. Blog ini adalah sebagai medium bagi saya berkongsi pendapat dan pandangan mengenai artikel-artikel yang dibincangkan dalam pembelajaran. Di harap, rakan-rakan seperjuangan sudi menjenguk ke rumah maya saya untuk berkongsi pandangan. SHARING, CARING & LOVING!
---SELAMAT DATANG---
Subscribe to:
Posts (Atom)